Sunday, January 2, 2011

ADAB-ADAB TIKA DI MASJID





ADAB MASUK KE MASJID

1.
Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
2.
Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3.
Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )



ADAB DALAM MASJID 

1.
Duduk menghadap Qiblat.
2.
Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3.
Sentiasa menyebut nama Allah.
4.
Menghadirkan Ahhala dalam hati.
5.
Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
6.
Jauhi dari menghina Islam.
7.
Bezikir dengan suara perlahan.



ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1.
Berdiam diri.
2.
Menjawab seruan Azan.
3.
Berdoa setelah selesai Azan.
4.
Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5.
Kerjakan solat sunat Rawatib.



ADAB KELUAR MASJID

1.
Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2.
Berniat untuk datang kembali.
3.
Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4.
Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

No comments:

Post a Comment